Jom Bahan Membahan...

Dibahan bagi aku adalah salah satu benda yang normal dalam hidup. Bahan membahan ni juga adalah salah satu cara untuk menceriakan hidup kita yang suram. Tapi bahan membahan yang terfaktab adalah apabila seseorang yang suka membahan individu lain emosional gila-gila apabila dirinya dibahan. Pening ke?


Sebagai contoh 'A' suka membahan/mengutuk orang, dan kaki pembahan ni selalunya ada mangsa contohnya 'B'. 'A' memang menjadi hobinya membahan si 'B' TAPI apabila si 'B' membahan si 'A',dia akan melenting dan emo gila-gila. 

Wahai individu-individu yang berkelakuan seperti A di luar sana. Tahukah anda kelakuan anda itu sesungguhnya sangat annoying atau dalam BM menjengkelkan teramat?Tahukah kau wahai si A yang perangai kau itu hampir menyerupai seekor monyet?

Kita manusia ni jika hendak atau ingin menjadikan bergurau/provok/membahan/mengutuk sebagai hobi atau kesukaan, kita mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi kerana kita juga perlu bersiap sedia apabila kita dibahan. Bukan setiap hari kau membahan sebab akan ada ketika kau pulak dibahan. Faham?

Kalau kau tu terus nak marah-marah kalau orang bahan, kau tak payahlah pilih bahan membahan ni sebagai hobi kau. Kau duduk diam-diam sudah la atau buat benda lain seperti tengok sinetron ke, cuci jamban ke, ternak kambing ke. Tu ajelah kerja sesuai untuk orang yang tak sabar macam kau. Tak payah lah kau pilih bahan membahan sebagai hobi.

Sebab tu la diam ni lebih baik dari bercakap. Sebab kadang-kadang banyak bercakap ni akan me'reveal' kebodohan diri kau yang memang sedia bodoh itu.


Diam tu kan lebih baik dari bercakap...So baik kau diam aje lah bangang...
(sumber gambar dari google)

Moral entry kali ni ialah kalau kau tu panas baran, jangan la sesekali jadikan bahan membahan sebagai hobi. Baik kau duduk diam-diam dan jangan kacau orang kalau kau tak suka dikacau.

Diam itu lebih baik dari bercakap...

Dabeliyu Ti Ef...

Ada sekali tu kan...kan kan kan...aku bukak la fb aku kan kan kan...pastu aku gi la kat home...maka bermulalah sebuah kisah yang agak annoying dan menyakitkan mata aku.


Ceritanya bermula apabila 2 orang wanita, yang agak cute la. Aku bagi nama si A dan B la untuk 2 orang makhluk tuhan ni. 2 orang ni adalah makhluk yang pesen suka show off muka a.k.a jual muka kat fb masing-masing. Tapi suka hati doranglah sebab tu kan facebook dorang.


Akan tetapi benda yang menyakitkan mata aku ialah 2 ekor ni suka tulis kat wall masing-masing. Kalau tulis ceramah agama ke, ilmu matematik ke, info pasal kesihatan ke, tak apa la jugak.Ni dorang tulis


A:"hai, awak ni comel lah"


pastu si A dan B ni pun wall to wall la


B:"takdelah, awak lagi tomei dr titew"


A:"namo2, awk tu lagi comei dari saia, kite ta comei pown"


B:"takde2, kamoo lagi tomei,titew bece2 jeww"


dan berterusan untuk beberapa hari....


Menyampah betei aku tengok post 2 ekor orang ni. Aku tak tahu tapi dua-dua memang jenis suka upload pic posing ala-ala comel dorang. Memang la dorang tu agak comel, tapi tak perlulah masing-masing nak acah-acah nak merendah diri. It's so fucking hypocrite sial!


Dah sah-sah kamu 2 orang ni memang pesen suka tunjuk kecantikan masing-masing. Bukti? Buktinya ialah tengok saja gambar-gambar kamu berdua kat picture masing-masing. Masing-masing suka upload pic dengan gaya masing dan biar orang komen ramai-ramai kat situ.


Kalau betul korang jenis tak show off muka kat fb, korang takkan upload pic korang yang jari telunjuk kat pipi la, gaya mengembungkan pipi la, dan macam-macam gaya lah lagi. Gaya melekatkan kaki ke mulut tak nak pulak korang try kan.


Aku tak jeles. Aku tak dengki pun. Annoying? Ya, aku mengaku aku rasa jengkel amat terhadap korang berdua. Tapi masalahnya post korang kat fb bukan main lagi tulis saya benci perempuan gatal la, saya tak cantik, saya biasa-biasa aje la, dan yang paling penting saya tak suka orang hipokrit. Tapi kau dua orang ni tak sedar ke korang berdua tu dah macam budak sekolah.


Gila-gila punya annoying lah sial. Macam-macam orang kat dunia ni. Aku tulis ni sebagai peringatan untuk diri aku dan aku harap semoga perkara-perkara macam ni tak terjadi dekat aku dan ahli keluarga aku. Semoga Allah jauhkan perkara-perkara macam ni terjadi dekat aku dan seluruh ahli keluarga aku. Aminnnn...


Peace no war...renung-renungkan dan,,,selamat beramal...

Negara Ni Macam Bapak Dorang Yang Punya...

Aku takdelah obses sangat dengan politik. Aku hanyalah sekadar rakyat biasa yang sesekali memerhati senario politik yang berlaku di negara Malaysia iaitu negara aku sendiri. Pernah tak korang jumpa orang cakap macam ni:-


         "Ala,ramai rakyat Malaysia ni tak reti bersyukur. Dah banyak kerajaan buat untuk kita tapi dorang ni still tak tahu berterima kasih"


Bagi aku siapa-siapa yang kata macam tu adalah seorang looser. Kenapa?

Kau tak tahu ke yang kau tu sekarang berpeluang untuk pilih benda yang lebih baik? Tahu tak? Tahu tak? Lu tak tau maaaaaa~~~

Tahukah kau betapa banyak cukai yang kerajaan kenakan ke atas kau? Tahukah kau pemimpin kau sekarang ni sudah tak layak untuk memimpin? Tahukah kau tak salah kalau kita cuba tukar kerajaan? Tahukah kau yang kau tu mempunyai hak untuk memilih?

Lama gila sebenarnya kerajaan UMNO dan BN memerintah negara kita. Pada pandangan aku makin lama kau pegang sesuatu jawatan makin ramai kroni dan makin naik lemak kau. Negara Malaysia ni aku tengok dah macam negara UMNO dan BN yang punya.

Semua benda dorang control. Tak payah cakap banyak la sebab bukti depan mata kot. Paper,stesen tv sume cakap kerajaan baik dan perfect dan semua pembangkang buruk. Bodoh ape sistem ni. Serius Shit Bangang. Mana ada benda yang perfect atas muka bumi ni. Hanya Allah sahaja yang maha perfect.

Jelas sangat kot ketidakadilan yang kat situ. Aku heran gila tengok rakyat Malaysia yang tak de kepentingan politik still sokong lagi kerajaan. Buta ke ape? Buta hati kot. Wanauzubillah.

Aku rasa UMNO dan BN ni dah terlalu lama perintah Malaysia ni dan tiba masanya kita tukar kerajaan. Tak salah mencuba sebab kalau tak suka next election kita pilih balik. Memang kita perlu bersyukur tapi jika kita berpeluang untuk memilih yang lebih baik kenapa kita tak guna peluang yang ada tu sebaik mungkin ye dak?

Parti politik yang pegang kerajaan perlu sentiasa ditukar barulah dorang tak boleh sewenang wenangnya buat negara Malaysia ni macam negara bapak dorang sendiri. Tak kira la PKR ke,UMNO ke.

Aku bukan ingin mengutuk tapi aku meluahkan perasaan hairan aku kenapa benda-benda macam ni terjadi? Sebenarnya takde istilah parti yang betul-betul perfect tapi kita berhak memilih yang terbaik. Yes, we do have rights to chose for greater good!

p/s:Aku rasa heran jugak sebab kalau bercakap pasal politik, 10 tempat berbeza aku lepak (tak kira umur,lapisan masyarakat,bangsa,negeri) kesemua orang kat 10 tempat yang berbeza tu tak sokong kerajaan. Tapi macam mana kerajaan boleh menang? hrmmmmmmmmmmm...

Rukun Islam Ke-3...

Puasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam. Akan tetapi ada bnyak lagi benda lain yang tak leh buat bulan puasa di siang hari. Tapi benda tu pandai-pandai la google sendiri ye.

So Selamat berpuasa lah diucapkan. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Mari bersama-sama kita pertingkatkan amal jariah pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.



Gambar aku google

Aku ada terbaca pasal orang tulis 'Jadilah hamba Allah.jangan jadi hamba Ramadhan".Tapi aku tak faham ape yang dimaksudkan oleh si penulis.

Ni pon gambar hasil aku google jugak. hehe

Walau apa pun yang terjadi apa yang penting sebenarnya Istiqamah atau lebih dikenali sebagai berterusan. Itu lagi penting dari buat banyak tapi jarang. Jangan paksa diri sebab paksaan itu ada potensi untuk kita membuat sesuatu dengan tidak ikhlas. Tapi aku tak nafikan ade certain benda kena paksa. Tapi ada jugak certain benda tak leh paksa-paksa. Tapi kita sebagai manusia pandai-pandai lah bezakan mana yang kena paksa mana yang tak payah paksa.

Kepada manusia yang buat 20, jangan mengata kat orang buat 8, yang buat lapan jangan mengata kat orang tak buat. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan apa yang paling penting pada bulan puasa ialah jauhi sifat takabbur,riak dan ujub kerana itu semua merosakkan amalan kita...

Sekian...
Pesanan ini aku tujukan untuk diri aku sendiri dan sama-samalah kita berkongsi dan saling mengingati...


Gambar lagi.Hehehe...

Wang/duit...

Jangan jadikan duit no.1 dalam segala hal.


Duit atau dikenali juga sebagai wang. Kalau sebut je duit, semua orang akan suka tanpa mengira lapisan masyarakat serta bangsa dan juga umur.


Secara logiknya duit itu memang sangat penting tapi duit bukan segalanya kerana ada certain benda tak dapat dibeli dengan wang walau sebanyak mana pun wang kita ada.


Tapi ramai gila orang terlepas pandang benda ni. Sebagai contoh jika seseorang tu mempunyai rangkaian perniagaan jenis monopoli, dorang akan cuba menaikkan harga produk yang mereka tawarkan walaupun mereka sudah mengaut keuntungan yang sangat banyak. Benda-benda sebegini juga dikenali sebagai tamak. Dah dapat untung secara constant RM 1 juta tapi still nak lebih akibat didorong sikap tamak. Fak de sistem.


Mentang mentang nasik kau jual laku, kau naikkan harga tak pun kau kurangkan kuantiti dan kualiti produk yang kau jual. Macam barbie rasanya. Alasan harga barang naik??? Kau dah beli secara borong mustahil kau rugi. Kalau untung kurang,ye, itu logik tapi still ok sebab makin ramai orang akan datang disebabkan harga produk yang kau jual tu tak kira la nasik ke, selipar jamban ke, hape ke tak naik dan orang ramai lagi prefer untuk membeli produk jualan kau. Maka flow barang kau kuar masuk pun cepat dan untung pon makin banyak. Reti?


Tapi tu la kan, tak kan ade orang akan praktik benda-benda macam ni sebab duit dan untung cepat beb,sape tak nak? Aku pun nak.


Ooooo...Macam ni rupanya rasa kelabu mata...




Ye duit memang penting tapi jangan sesekali merungut kalau hidup tak cukup mewah sebab cuba lihat masyarakat sekeliling. Berapa ramai orang kaya yang Allah tarik nikmat-nikmat yang DIA bagi kat orang miskin? Berapa ramai pulak orang yang hidup susah dari kau? Berapa ramai lagi orang yang mempunyai wang tapi ditutup Allah pintu hati? Takpe miskin dan susah di dunia jangan susah di akhirat kerana hidup di akhirat yang kekal abadi...




Peringatan untuk diriku insan biasa yang imannya sentiasa berubah rubah...ade naik turun...

Musik dan Lagu itu universal tahu...

Semua orang atas muka bumi ni kompem minat muzik dan lagu. Tak kira la genre rock ke, grunge ke, punk rock ke,R&B ke, balada ke, pop ke apa apa je lah janji muzik dan lagu. Well sebetulnya aku juga tidak terkecuali.

Tapi bagi aku penyanyi dan lagu adalah 2 benda berbeza. Aku suka sesebuah lagu tapi tak semestinya aku suka penyanyi yang menyanyikan lagu tu. Sebagai contoh aku tak suka Justin bieber tapi aku suka lagu eenie meenie minie sbb lagu itu best bagi aku. Jadi sesiapa di luar sana tidak berhak mengutuk sesiapa yang meminati lagu itu tapi dorang berhak mengutuk sesiapa yang meminati justin bieber.Kenapa?

Sebab muzik dan lagu universal dan semua orang berhak meminati lagu yang dirasakan sedap didengari oleh halwa telinga aka deria pendengaran mereka dan perlu diingati bahawa penyanyi dan lagu adalah 2 benda yang BERBEZA.


Dan aku suka semua video mamat nieh:-



Beliau bagi aku memang kreatif dan power.Sekian...

p/s:aku lebih cenderung kepada muzik2 rock tapi seperti yang aku cakap, muzik dan lagu itu universal asalkan sedap didengar aku tibai je.